Tempoh pembelajaran di sekolah perlu dikekalkan walaupun sesi persekolahan bermula jam 8 pagi.<br /><br />Itu pandangan Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad.<br /><br />Beliau pada masa sama menjelaskan, semakan dan audit perlu dilakukan ke atas silibus pendidikan yang memperlihatkan berlaku pertindihan dalam beberapa mata pelajaran.